Khamis, 14 Januari 2021

TANGGA, KEPERLUAN WAJIB SETIAP KEDIAMAN.

Setiap rumah KEDIAMAN  perlu ada sekurang-kurangnya sebuah TANGGA. PENTING DAN PERLU adanya tangga untuk kerja baikpulih dan PENYELENGGARAAN  elektrik. 

Ketinggian tangga yang sesuai :

PENYELENGGARAAN dalam rumah ; 8-10 step. 
PENYELENGGARAAN dalam siling ( bergantung pada ketinggian siling ) ; 10 step ke atas.

Jadi setiap rumah perlu ada tangga 8 step ini. Perlu adanya tangga kerana BUKAN SEMUA KERJA PENYELENGGARAAN mesti melibatkan orang kompeten. 

Setakat hendak MENUKAR MENTOL, MEMBETULKAN LAMPU YANG SENGET, itu semua tuan rumah BOLEH BUAT SENDIRI. Jimat kos upah.

Begitu juga kerja MEMASANG LAMPU, KIPAS DAN SEBAGAINYA. kerja ini boleh dilakukan oleh tuan rumah sendiri. Cuma perlukan sedikit ilmu. Belajarlah dengan orang kompeten. JIKA ADA ILMU, KAEDAHNYA SANGAT SENANG. Jimat lagi kos pemasangan.

Orang kompeten pun agak keberatan untuk datang menukar sebiji mentol semata-mata. Lebih-lebih lagi jika jarak melebihi 1 km. Ini kerana melibatkan kos pengangkutan pula.




Tiada ulasan: