Selasa, 10 Julai 2018

KESALAHAN YANG PENGGUNA LAKUKAN

Bila bajet pembinaan sesebuah rumah semakin mengecil sedangkan banyak lagi bahagian rumah yang tidak siap, pengguna selalunya mengambil jalan pintas dengan mengurangkan bajet elektrik.

Adakah tindakan ini relevan?

Sudah tentu tidak. Mengapa tidak?

Ini kerana elektrik adalah jantung yang menghidupkan rumah anda. Elektrik adalah sumber kuasa yang menjadi nadi yang mengekalkan rumah anda sentiasa hidup. Elektrik juga perlu beroperasi dalam keadaan STABIL.

Tak faham?

Ramai pengguna yang mengurangkan bajet elektrik pada kediaman mereka setelah bajet keseluruhan mengecil, atau dalam bahasa yang lebih mudah "lari bajet". Bajet elektrik jangan dikecilkan, teruskan perancangan asal.

INI KERANA JIKA ANDA MENGURANGKAN BAJET UNTUK ELEKTRIK, BANYAK PERKARA TIDAK SIHAT YANG AKAN BERLAKU  KEMUDIAN HARI.

 Sebagai contoh;

soket 13a,   3 unit untuk setiap bilik dikurangkan menjadi 1 unit sahaja.

Apabila rumah siap dan anda mendiami rumah tersebut, anda mula menyedari yang anda kekurangan soket.

Soket hanya ada 1 unit sahaja;
* telefon bimbit perlu dicas,
 * hendak menggunakan seterika
* kompuer riba yang kehabisan kuasa bateri.

 ( contoh penggunaan peralatan elektrik secara serentak )

Sebagai penyelesaian , anda menggunakan soket mengikut keperluan dan berjadual. Tapi, setelah penat, anda membeli soket berbilang yang terdapat di pasaran. Anda merasakan masalah kekurangan soket telah selesai, tapi sebenarnya tidak.

MASALAH ANDA BARU BERMULA SEBENARNYA.

Apabila anda menggunakan soket berbilang pada soket anda, anda telah memBEBANkan litar elektrik anda. Keadaan ini tidak sihat untuk jangka hayat pendawaian dan sistem fius. Ini disebabkan berlakunya KETAKSEIMBANGAN arus dalam litar. Keadaan ini menyebabkan peralatan elektrik anda bekerja kuat untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk beroperasi dengan sempurna.

Pendawaian menjadi panas,  sistem fius terganggu,  peralatan elektrik anda juga menjadi panas. Apabila semuanya panas,  INI ADALAH PUNCA BERLAKUNYA LITAR PINTAS YANG MENYEBABKAN KEBAKARAN .

" BERINGAT SEBELUM KENA".

"LITAR PINTAS BOLEH BERLAKU BILA_BILA MASA SAHAJA DALAM LITAR YANG TIDAK STABIL".


Tiada ulasan: