Selasa, 10 Julai 2018

KABEL BAWAH TANAH ( UNDERGROUND CABLE)

KABEL BAWAH TANAH ( UNDERGROUND CABLE )

Kabel ini digunakan untuk pendawaian di bawah permukaan tanah. Kabel ini telah dilengkapi dengan perisai dawai keluli sebagai pelindung mekanikal. Kabel ini tidak mudah terputus walau terkena mata cangkul. Pendawaian bawah tanah juga tertakluk pada peraturan keselamatan pendawaian yang ketat.

Pendawaian yang biasanya terlibat dengan penggunaan kabel bawah tanah;

1- meter TNB di pagar
2- lampu tiang pintu  pagar serta pagar
3- loceng
4- motor elektrik untuk pintu pagar automatik
5- motor pam air untuk kolam mini / air terjun mini
6- lampu taman mini

Kediaman yang bagaimana relevan untuk meter TNB di pagar?
(semakin tinggi % semakin tinggi tahap relevan )

( 95%)

- Rumah yang masih menggunakan meter yang terselindung dari pandangan di pintu pagar dan penghuninya bekerja

- Rumah yang halamannya luas dan meter tidak boleh dibaca tanpa teropong

- Rumah yang pintu pagar sentiasa  berkunci atas sebab yang tidak dapat di elakkan

 (50%)
- Rumah yang halaman sempit
     ( taman perumahan- teres, semi-D, banglo )

Penggunaan meter di pagar selain nampak mewah, ia memudahkan pembaca meter TNB untuk membaca meter.

Mengikut peraturan lama, ada yang meternya agak terselindung dan tidak menghadap ke arah pintu pagar. Ini menyukarkan jika rumah tersebut tiada penghuni dan pintu pagar berkunci

.Manakala peraturan baru, mewajibkan pemasangan meter menghadap ke arah pintu pagar dan tidak terlindung dengan dinding ataupun objek. 

Bekenaan dengan kos bagi meter di pagar

* bergantung pada jarak rumah dengan pintu pagar.
 Jarak ini menentukan panjang kabel bawah tanah yang hendak digunakan. Jarak juga menjadi penentu upah dan kelancaran kerja pendawaian.

struktur tanah. Jika tanah keras dan berbatu, kos akan meningkat. Ini kerana kerja penggalian menjadi sukar dan memenatkan jika jentera pengorek tidak dapat menggali di kawasan tersebut.

 * masa cadangan meter disuarakan juga di ambil kira, jika selepas rumah siap diplaster dan cat, kosnya juga menjadi tinggi kerana kontraktor elektrik atau syarikat pendawaian terpaksa menanggung kos kerosakan dan baikpulih yang berlaku pada binaan yang telah siap.

Selain meter, point lampu tiang pagar, lampu pagar, loceng dan juga lampu taman mini juga tertakluk pada faktor-faktor di atas.  

KESALAHAN YANG PENGGUNA LAKUKAN

Bila bajet pembinaan sesebuah rumah semakin mengecil sedangkan banyak lagi bahagian rumah yang tidak siap, pengguna selalunya mengambil jalan pintas dengan mengurangkan bajet elektrik.

Adakah tindakan ini relevan?

Sudah tentu tidak. Mengapa tidak?

Ini kerana elektrik adalah jantung yang menghidupkan rumah anda. Elektrik adalah sumber kuasa yang menjadi nadi yang mengekalkan rumah anda sentiasa hidup. Elektrik juga perlu beroperasi dalam keadaan STABIL.

Tak faham?

Ramai pengguna yang mengurangkan bajet elektrik pada kediaman mereka setelah bajet keseluruhan mengecil, atau dalam bahasa yang lebih mudah "lari bajet". Bajet elektrik jangan dikecilkan, teruskan perancangan asal.

INI KERANA JIKA ANDA MENGURANGKAN BAJET UNTUK ELEKTRIK, BANYAK PERKARA TIDAK SIHAT YANG AKAN BERLAKU  KEMUDIAN HARI.

 Sebagai contoh;

soket 13a,   3 unit untuk setiap bilik dikurangkan menjadi 1 unit sahaja.

Apabila rumah siap dan anda mendiami rumah tersebut, anda mula menyedari yang anda kekurangan soket.

Soket hanya ada 1 unit sahaja;
* telefon bimbit perlu dicas,
 * hendak menggunakan seterika
* kompuer riba yang kehabisan kuasa bateri.

 ( contoh penggunaan peralatan elektrik secara serentak )

Sebagai penyelesaian , anda menggunakan soket mengikut keperluan dan berjadual. Tapi, setelah penat, anda membeli soket berbilang yang terdapat di pasaran. Anda merasakan masalah kekurangan soket telah selesai, tapi sebenarnya tidak.

MASALAH ANDA BARU BERMULA SEBENARNYA.

Apabila anda menggunakan soket berbilang pada soket anda, anda telah memBEBANkan litar elektrik anda. Keadaan ini tidak sihat untuk jangka hayat pendawaian dan sistem fius. Ini disebabkan berlakunya KETAKSEIMBANGAN arus dalam litar. Keadaan ini menyebabkan peralatan elektrik anda bekerja kuat untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk beroperasi dengan sempurna.

Pendawaian menjadi panas,  sistem fius terganggu,  peralatan elektrik anda juga menjadi panas. Apabila semuanya panas,  INI ADALAH PUNCA BERLAKUNYA LITAR PINTAS YANG MENYEBABKAN KEBAKARAN .

" BERINGAT SEBELUM KENA".

"LITAR PINTAS BOLEH BERLAKU BILA_BILA MASA SAHAJA DALAM LITAR YANG TIDAK STABIL".