Rabu, 31 Oktober 2018

ISTILAH UMUM ELEKTRIK

ISTILAH UMUM ELEKTRIK

Inilah beberapa istilah yang biasa didengari dipertuturkan oleh "orang-orang elektrik". Tetapi apakah anda sebagai pengguna faham apakah maknanya.. ?

Jom kita siasat..

SOCKET =  Soket keluaran atau lebih dikenali sebagai plug. Soket keluaran  ada 2 jenis iaitu 13A dan 15A.
( 13A  berlubang 4 segi dan 15A berlubang bulat.)

SWITCH = butang untuk on /  off lampu dan kipas.

EARTHING = pembumian ( wayar bumi )

SUBMAIN = kabel utama dari papan meter ke kotak fius

MAIN SWITCH = suis utama dalam kotak fius. kalau di off kan suis utama ini, maka tiada elektriklah jawabnya.

ELCB / BREAKER = pemutus litar yang berfungsi seperti suis. Berfungsi secara manual ataupun automatik. Boleh di ON / OFF kan secara manual dan akan terpelantik ( OFF ) secara automatik bila berlaku KETIDAKSEIMBANGAN arus dalam litar.

MCB / FIUS = pemutus litar kenit. Juga berfungsi seperti suis. Ia memutuskan bekalan kuasa 1 litar kecil.

UNDERGROUND CABEL = kabel khas yang di tanam di dalam tanah. Biasanya dipasang untuk loceng di pagar, lampu pagar, lampu taman dan juga meter.

DB ( Distribution box ) = kotak fius ataupun control panel.

POINT = istilah yang digunakan untuk merujuk kepada jumlah lampu, kipas , soket dan sebagainya.

Itulah serba sedikit tentang istilah yang biasa digunakan oleh orang elektrik. 

 

Tiada ulasan: