Ini tidak bermaksud kita menerima bulat-bulat tanpa menyelidik dan mengkaji hanya kerana keputusan itu datang dari pakar. Kita mengkaji dan menyelidik dengan mengambil kira pandangan dan keputusan 2 atau 3 pakar lain. Dari situ kita akan dapati ada standard yang boleh kita jadikan penanda aras. Dengan itu kita tidak mudah tertipu disebalik kepakaran yang dicanangkan itu.
Kita sebagai individu dianugerahkan kepandaian oleh Yang Maha Esa. Kepandaian ini yang diasah setiap hari menjadikan kita pakar . Kepakaran ini yang membezakan kita dengan individu lain di sekeliling kita dan juga yang sealiran dengan kita.
Sebagaimana kita mahu orang menghormati keputusan dan kepakaran kita, begitu juga orang lain.
Jadi, apabila kita faham konsep ini, maka tidak timbul lagi pertikaian kita terhadap kerja orang lain.
Sama-samalah kita menghormati kepakaran orang dan mengakui bahawa kepandaian kita tidak sama setiap individu.
MASIH MAHALKAH HARGA PENDAWAIAN DAN PENYELENGGARAAN ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan