Isnin, 5 November 2018

ELEKTRIK JANTUNG RUMAH ANDA

INI BLOG TENTANG PENDAWAIAN ELEKTRIK

 ELEKTRIK merupakan JANTUNG yang mengHIDUPkan sesebuah kediaman, NADI yang menjadikan kediaman itu BERCAHAYA.

Blog ini diwujudkan untuk memberi sedikit ILMU kepada PEMILIK RUMAH selaku PENGGUNA.

Pengenalan

Pada hari ini hampir semua kediaman mempunyai bekalan elektrik.Seiring dengan itu, perubahan reka bentuk lampu dan kipas yang terdapat di pasaran membuatkan pengguna rambang mata untuk memilih yang bersesuaian dengan point pendawaian di setiap ruang dalam kediaman .

Sebagai pengenalan, di sini ada  sedikit info yang  MUNGKIN BERGUNA kepada ANDA sebagai PENGGUNA dan sebagai pengguna, anda PERLU TAHU DAN WAJIB FAHAM.

Apabila bercakap tentang ELEKTRIK, perkara pertama yang dibualkan adalah "POINT ". Point yang sebenarnya merujuk kepada JUMLAH UNIT mata LAMPU , KIPAS , SOKET dan lain-lain dalam SISTEM PENDAWAIAN.

"Point"  akan BERUBAH MAKNA DAN RANGKUMANnya mengikut keperluan KONTRAKTOR ataupun SYARIKAT PENDAWAIAN.

 Ini kerana point memberi MAKNA YANG BERBEZA kepada setiap kontraktor atau syarikat pendawaian  berdasarkan strategi bisnes masing-masing.

 Jadi perlu diingatkan bahawa " KONTRAKTOR A TIDAK SAMA DENGAN KONTRAKTOR B ".

Hanya PANDAI MENYEBUT dan BERTANYA TENTANG POINT TIDAK MEMADAI. Sebagai pengguna anda perlu BERILMU.

 Bukan sahaja POINT, malah banyak lagi istilah yang digunakan mungkin ASING bagi anda. Jadi jangan TERKELIRU atau TERSALAH FAHAM.

 JANGAN SESEKALI BERLAGAK PANDAI.



POINT DAN MAKNA

( Bagi memudahkan pemahaman, kita guna pakai PENDAWAIAN 1 POINT LAMPU sebagai RUJUKAN )

SPESIFIKASI PENDAWAIAN 1 POINT LAMPU

*  PENDAWAIAN: ( dibekalkan oleh kontraktor di dalam konduit atau casing )

*  SUIS : ( kualiti standard dibekalkan oleh kontraktor, kualiti yang lebih bagus adalah pilihan tuan    rumah sendiri )

* 1 UNIT LAMPU : ( hak milik tuan rumah sepenuhnya,  )

KOS TERSEMBUNYI

UPAH PEMASANGAN

*SUIS ( ada kontraktor mengambil upah pemasangan secara berasingan ( dinyatakan di dalam bil sebagai UPAH PEMASANGAN ),

 ada kontraktor yang menjadikannya PAKEJ SUIS ( tidak dinyatakan di dalam bil )

*LAMPU ( ada kontraktor mengambil upah pemasangan secara berasingan, ( dinyatakan di dalam bil sebagai UPAH PEMASANGAN, )

 ada kontraktor yang menjadikannya  PAKEJ LAMPU ( tidak dinyatakan di dalam bil )


 POINT mempunyai 5 makna yang utama;

1- PENDAWAIAN SAHAJA
 ( hanya KABEL di dalam konduit atau casing )

2- PENDAWAIAN DAN SUIS SAHAJA
 ( KABEL dalam konduit atau casing dan SUIS)

3- PENDAWAIAN DAN PEMASANGAN SAHAJA
 ( KABEL dalam konduit atau casing dan KOS PEMASANGAN)

4- PENDAWAIAN, SUIS DAN PEMASANGAN
 ( KABEL dalam konduit atau casing, SUIS dan KOS PEMASANGAN- PAKEJ LENGKAP)

5-LAIN-LAIN MAKNA
 ( SELAIN DARIPADA KRITERIA ( SPESIFIKASI ) DI ATAS 

Jadi, anda sebagai pengguna perlu tahu POINT yang MANA yang ditawarkan kepada  anda oleh kontraktor atau syarikat pendawaian.

Bagi definasi POINT nombor 1, 2, 3 & 5, point jenis ini mempunyai KOS TERSEMBUNYI. Ini kerana ada KOS SEBENAR yang TIDAK DINYATAKAN SECARA JELAS.

Cuba perhatikan POINT nombor 4, POINT yang lengkap. Semuanya dinyatakan dengan jelas. Ini boleh dikategori sebagai PAKEJ.

Selain sistem POINT, anda harus tahu sistem PAKEJ yang ditawarkan oleh kontraktor atau syarikat pendawaian.

 Ini kerana sistem PAKEJ merangkumi KESELURUHAN PENDAWAIAN dan LEBIH MENJIMATKAN dalam situasi MENANG-MENANG.



PERBANDINGAN, PENJIMATAN DAN KEPUASAN

Sebagai pengguna, MEMBANDINGKAN HARGA ADALAH PERLU untuk PENJIMATAN DAN KEPUASAN. RAMAI PENGGUNA HARI INI, membanding harga secara SALAH DAN SESAT. Ini kerana, perbandingan tidak dibuat pada SPESIFIKASI YANG SAMA.

SEBAGAI CONTOH..

Seorang pengguna ingin membuat pendawaian pada kediaman barunya. Dia telah berjumpa dengan beberapa orang kontraktor untuk bertanya harga pendawaian.

Kontraktor A
   harga ( XX ) point nombor 1 (pendawaian sahaja = hanya kabel )
kontraktor B
   harga ( XX ) point nombor 2 (pendawaian dan suis =  kabel dan suis)
kontraktor C
   harga ( XX ) point nombor 3 (pendawaian dan pemasangan = kabel dan upah pemasangan )


HARGA YANG SAMA tapi SPESIFIKASI ( kriteria ) YANG BERBEZA.

Pengguna ini akan membuat KEPUTUSAN YANG SALAH DAN SESAT apabila MEMBANDINGKAN HARGA TERSEBUT.

 Ini kerana dia telah membandingkan harga pada spesifikasi yang tidak sama.

Jadi pengguna perlu BIJAK.



 PANDUAN PERBANDINGAN HARGA

1- bawa pelan rumah lengkap dengan point pendawaian yang anda kehendaki (buat 3~4 salinan )


2- beri penerangan ringkas tentang point yang anda kehendaki itu, pastikan kontraktor  / syarikat pendawaian faham apa yang anda mahu.

3- bagi tempoh 2 hari untuk kontraktor / syarikat pendawaian membuat sebut harga. SETELAH mendapat sebut harga, cuba FAHAMI perkara-perkara berikut; 

a- harga sepoint mengikut kategori
b- harga point tambahan selepas pendawaian ( jika ada )
c- harga pemasangan 
d- jumlah harga mengikut kategori
e-  kos kecemasan
f- jumlah besar (kos keseluruhan )

4- selepas mendapat sebut harga, berbincang dengan kontraktor / syarikat pendawaian mengenai pakej / diskaun yang ditawarkan.

5- ulangi langkah 1 hingga 4 dengan kontraktor yang lain 
( PERINGATAN:
* pastikan pelan rumah anda itu pelan yang sama dengan point pendawaian yang sama.
* JANGAN BAWA ATAU TUNJUK SEBUT HARGA YANG ADA KEPADA KONTRAKTOR / SYARIKAT PENDAWAIAN YANG LAIN. SEBUT HARGA ADALAH RAHSIA PERNIAGAAN.

6- selepas puas hati, buat pilihan yang tepat dengan memilih kontraktor / syarikat pendawaian yang stabil dari segi;
*harga yang ditawarkan
*pakej serta diskaun yang disediakan
*kemampuan bekerjasama dengan pengguna
*situasi menang-menang
  


Panduan Memilih Kontraktor Elektrik / Syarikat Pendawaian.

Siapa kontraktor elektrik ?


Mereka yang berdaftar sebagai kontraktor elektrik dan berdaftar juga dengan agensi-agensi terlibat seperti jabatan bekalan elektrik.

 Siapa syarikat pendawaian ?


Mereka adalah sub kontraktor yang tidak berdaftar sebagai kontraktor elektrik tetapi menjalankan kerja pendawaian yang dipantau sepenuhnya oleh kontraktor elektrik yang berdaftar.

Siapa Orang persendirian


Mereka ini terdiri daripada;
1 ~ pekerja yang bekerja dengan kontraktor elektrik
2 ~pekerja syarikat pendawaian
3 ~pekerja syarikat pembekal elektrik
4 ~warga asing


Pengguna perlu bijak memilih berdasarkan ciri-ciri berikut sebagai panduan;

1- Kontraktor / syarikat pendawaian yang menawarkan pakej keseluruhan pada kos yang standard.

2- Telus dan tiada caj tersembunyi.  ( kos keseluruhan pendawaian DIKETAHUI selepas tamat perbincangan dan SEBELUM MEMULAKAN KERJA )

3- Kontraktor / syarikat pendawaian yang mampu bekerjasama sepenuhnya.  ( bersedia mengikut kehendak pengguna dalam situasi menang- menang )

Orang Persendirian


JIKA "Orang Persendirian" yang menjadi pilihan.

a-  pastikan orang tersebut adalah pendawai (wireman ) sepenuh masa yang bekerja dengan kontraktor elektrik atau syarikat pendawaian.
b- BERHATI HATI dengan orang yang bekerja dengan mana-mana syarikat pembekal elektrik.
( Mereka ini berkemahiran dalam pendawaian TETAPI kurang peka pada kehendak pengguna yang berubah setiap saat. Harus diingat mereka ini bekerjaya tetap dan kerja pendawaian hanya kerja sampingan sahaja.)

 KEBARANGKALIAN UNTUK MEREKA MENGAMBIL KESEMPATAN ADALAH TINGGI, TIDAK SEMUA YANG SEBEGITU TAPI ADA SEGELINTIR.. 

 sudah banyak kes yang terjadi, mereka mengenakan kos yang berlipat kali ganda ( tidak masuk akal) .. tindakan ini ternyata MEROSAKKAN NAMA BAIK dan REPUTASI WIREMAN

1- Jangan terpedaya ( dengan mulut manisnya yang mengatakan pendawaian yang dijalankan berasaskan Standard British ataupun IEE mahupun JKR. Ini kerana ketiga-tiga standard diguna pakai dalam negara kita.)

2- Jangan terkeliru ( dengan sistem penjimatannya; 1 suis untuk 2 atau lebih point lampu, ini bukan penjimatan TETAPI pembaziran.)
3- Boleh berbincang dan bekerjasama ( buat kerja mengikut kehendak tuan rumah bukan kemahuan dirinya. )
4-Jangan  pilih yang murah ( kononnya mahu berjimat tapi menggadai nyawa sendiri,merisiko diri dan keluarga pada renjatan elektrik. 

JANGAN PILIH WARGA ASING


JIKA ANDA PILIH WARGA ASING, ANDA MENIDAKKAN HAK RAKYAT KITA SENDIRI YANG PERLUKAN PEKERJAAN.

ANTARA RISIKO TERPAKSA DI TANGGUNG JIKA MEMILIH WARGA ASING

 * Tiada kerja penyelengggaraan
 ini kerana warga asing menjalankan kerja pendawaian hanya untuk menjadikan peralatan elektrik itu  berfungsi tanpa menitikberatkan jangka hayat pendawaian dan keselamatan.

 *Kos upah yang murah
penawaran kos yang murah kerana ingin memonopoli pekerjaan daripada warga tempatan tanpa menawarkan kualiti dalam kerja, dan harus di ingat,mereka hanya ingin mengumpul kekayaan sebelum pulang ke negara asal mereka.

Risikonya... 
-anda terpaksa mengupah orang lain untuk membaikpulih kerosakan atau penyelenggaraan. Jika kerosakan itu berlaku kurang dari 3 bulan selepas disiapkan, TIDAKKAH ANDA BERASA SAKIT HATI? 
 (semestinya kos yang baru harus dikeluarkan, harus diingat, kos baikpulih lebih tinggi dari kos membina  )

* Kerja dan bahan mentah tidak berkualiti. 
  bagi mendapatkan untung, terpaksa guna bahan mentah yang berkualiti rendah dan murah . Ini kerana kos upah yang di ambil jauh lebih murah berbanding rakyat tempatan.

* Kerja yang tidak mengikut standard dan piawaian.
 juga kerana ingin memaksimakan keuntungan, kerja pendawaian dijalankan sepantas yang mungkin tanpa mengikut standard / piawaian yang ditetapkan. pendawaian yang dijalankan tanpa mengikut standard/ piawaian adalah bersifat sementara dan sangat berisiko. 

Risiko
-jangka hayat pendawaian menjadi pendek. Beban seperti lampu dan kipas cepat rosak akibat kerja yang tidak mengikut standard yang ditetapkan.

   BERMAKNAKAH MURAH DAN CEPAT YANG ANDA PILIH JIKA SETIAP HARI ANDA BERDEPAN DENGAN RISIKO TERKENA RENJATAN ELEKTRIK YANG BOLEH MEMBAWA MAUT??


RENUNGAN
JANGANLAH KITA MENJADI UMAT YANG SESAT HANYA KERANA KEGAGALAN KITA UNTUK BELAJAR DAN KESOMBONGAN KITA UNTUK DIAJAR. WALAU SESAT ILMU ELEKTRIK SEKALIPUN.



KERJA PENDAWAIAN

LANGKAH- LANGKAH KERJA PENDAWAIANN YANG PENGGUNA PERLU TAHU

1-PERBINCANGAN JUMLAH DAN POSISI POINT.
       Perbincangan dengan tuan rumah biasanya dilakukan semasa tapak rumah sedang dibina sebelum dinding disiapkan. Antara isu perbincangann yang perlu dijelaskan ialah,

* meMUKTAMADkan point dari segi JUMLAH DAN POSISI.
..... antara butir perbincangan yang mesti ada;
     1-jumlah point keseluruhan mengikut jenis dan kategori
     2- jumlah point standby
( jika pemaju ( kontraktor binaan ) tidak membenarkan penambahan point dijalankan sebelum sijil layak menduduki dikeluarkan  )
     3-sebut harga pendawaian keseluruhan. 
( jika pendawaian asas termasuk dalam pakej pemaju  ( kontraktor binaan ) sebut harga point tambahan diperlukan ).
    4-kos kecemasan dinyatakan dengan jelas . 
( kos sampingan yang terpaksa dibayar oleh kontraktor elektrik atau syarikat pendawaian kepada pemaju ( kontraktor binaan ) atau tukang-tukang kerana     membaikpulih kerosakan pada binaan yang telah siap akibat dari kerja penambahan point ).

*penambahan dan pengubahsuaian SELEPAS PENDAWAIAN SIAP, kos berganda dikenakan.

2-KERJA MEMBELAH DINDING.
       Setelah diMUKTAMADkan point dan dinding pun siap, kerja membelah dinding dilakukan. SEBARANG PENAMBAHAN DAN PENGUBAHSUAIAN POINT MASIH DIBENARKAN.

3-PEMASANGAN PAIP SILING DAN PENDAWAIAN.
       Pada peringkat ini , rumah telah 80% siap. Semua dinding dalam dan luar telah diplaster dan dicat. PENAMBAHAN DAN PENGUBAHSUAIAN TIDAK DIBENARKAN LAGI. INI KERANA PROSES ITU MELIBATKAN BANYAK PIHAK DAN KOS BAGI POINT YANG DITAMBAH ATAU UBAHSUAI TERPAKSA DINAIKKAN. JIKA MASIH MAHU PENAMBAHAN POINT DILAKUKAN, PENDAWAIAN PERMUKAAN JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK TANPA PENAMBAHAN KOS YANG KETARA.

4-PEMASANGAN AKSESORI DAN BEBAN.
       Peringkat terakhir. Pemasangan aksesori seperti suis, soket serta kotak fius. Begitu juga dengan beban seperti lampu, kipas dan sebagainya dijalankan.

5-PENGUJIAN.
        Ada 2 langkah pengujian dilakukann. Bekalan sementara dan bekalan penuh.

Bekalan sementara 
Sumber Bekalan : meter sementara / sambungan Bekalan jiran sebelah.

Ujian ini dijalankan secara bergilir-gilir pada setiap litar kerana bekalan kuasa ( elektrik ) yang terhad. Ujian ini bertujuan menguji keterusan litar bagi memastikan litar lengkap dan penyambungan betul.

Bekalan penuh
Sumber Bekalan : Meter TNB

Ujian dijalankan serentak dengan beban penuh. Ujian ini bagi memastikan ketahanan sistem pendawaian pada penggunaan beban puncak. Ujian dijalankan selama 2 JAM TANPA HENTI.






 BEBAN UTAMA DAN AKSESORI

LAMPU KALIMANTANG
      Lampu kalimantang cahayanya terang kerana mempunyai tiub pendaflour sepanjang 4 kaki.Ada juga yang pendek berukuran 2 kaki. Cahayanya yang menerangi ke segenap ruang menjadi pilihan utama. Namun begitu, lampu ini tidak mempunyai reka bentuk yang menarik.Ini kerana, pengcahayaan yang di utamakan oleh pengeluar.

     2. DOWN LIGHT

     Lampu ini ada 2 bentuk. BULAT dan 4 SEGI. Bagi yang BULAT ada 2 saiz, 6" dan 4". Ada juga yang  bersaiz lebih  kecil, ia lebih bersifat hiasan daripada menerangi. Pelbagai corak menjadi pilihan. Penggunaan down light menggantikan lampu kalimantang sudah menjadi fenomena sekarang ini. Di bawah ini sebahagian daripada down light yang berada di pasaran.
Ada juga down light jenis timbul.

 Downlight LED


 mentol LED untuk lampu di atas





Down light yang dipasang lebih dari sebiji pada sesebuah ruang, memerlukan susun atur nyalaan. Susun atur nyalaan ini sangat perlu supaya EFEKTIF DAN MENJIMATKAN.



PANDUAN DAN RENUNGAN

Bilik Solat

Sebagai Muslim, harus ada satu ruang yang suci di dalam kediaman kita iaitu BILIK SOLAT. Ruang ini WAJIB terhindar dari NAJIS.

Ciri-ciri BILIK SOLAT yang AFDHAL;
* RUANG PALING HADAPAN KE ARAH KIBLAT.
* RUANG YANG BOLEH DITUTUP ( BERPINTU ).
* ADA BILIK AIR SAHAJA ( TANDAS TAK BOLEH ). Bilik air hanya untuk mengambil wuduk sahaja. Ini untuk menjaga KESUCIAN ruang tersebut.
* PASTIKAN BILIK AIR DI BAHAGIAN BELAKANG RUANG TERSEBUT. Apabila anda SOLAT, anda TIDAK MENGHADAP BILIK AIR DAN MENGHALANG ORANG LAIN MENGAMBIL WUDUK UNTUK YANG MUNGKIN SEMPAT BERJEMAAH DENGAN ANDA.



DEKORASI DAN KOMBINASI

Ini adalah sebahagian daripada ruang yang telah didekorasikan hasil ilham pemilik kediaman.

 Ruang tamu bersiling 2 lapis, 6 point down light, 2 point dekor gantung, 1 point kipas
kalimantang dalam siling, nyalaan putih.


 Ruang tamu bersiling 2 lapis, 2 point lampu dekor kawalan jauh kombinasi cahaya, 1 point kipas,
kalimantang dalam siling, nyalaan hangat ( warm )
Ruang makan dengan rekaan siling geometri, 4 point down light, 1 point dekor gantung bermentol halogen




Ruang keluarga pelbagai citarasa.
 Bilik tidur utama yang ringkas
 Ruang tamu yang bersahaja
 Ruang tamu dengan sentuhan klasik

 Ruang parkir diserikan dengan dekor gantung
 Bilik tidur utama yang unik
Ruang tamu yang klasik.
Ruang keluarga dengan sentuhan moden.
Ruang tamu dengan pengcahayaan yang terang.
Ruang tamu ke 2 yang kecil.
 Ruang tamu yang kreatif

Ruang dapur yang gemerlapan



KIPAS

Kipas pun ada bermacam-macam jenama di pasaran. Terpulang pada pengguna untuk memilihnya mengikut kehendak masing-masing.

 Kipas siling berlampu LED. Gaya terkini yang menjadi pilihan pengguna hari ini.

Kipas siling berlampu klasik. Tetap menjadi pilihan pengguna yang sukakan citarasa klasik.
 Kipas dinding. Sebagai pengganti kipas siling jika siling terlalu rendah.
Kipas berlampu yang lebih dikenali ' kipas bunga '.Nama Bunga diperolehi daripada bilah kipas yang terjuntai ke bawah apabila suis di OFF kan, seolah-olah bunga sedang kuncup. Apabila suis di ON kan, bilahnya akan terbuka seperti bunga sedang mengembang. Lampu dan kipas mempunyai suis berasingan. 

 Kipas siling yang biasa. Namun begitu, terdapat berbagai-bagai warna di pasaran sekarang untuk dipilih oleh pengguna.



 LAMPU HIASAN/ DEKOR

 Lampu ini adalah pelengkap atau penyeri bagi sesebuah ruang tersebut.Bermacam jenis lampu dekor yang terdapat di pasaran sekarang. Ada yang menggunakan MENTOL FILAMEN, MENTOL HALOGEN, MENTOL PENDAFLOUR dan LED.Ada juga lampu dekor yang menggabungkan 2,3 jenis mentol tersebut.
mentol filamen & Led
mentol filamen

Mentol LED
Mentol LED

Mentol halogen & LED

Sebahagian daripada lampu hiasan yang menjadi pilihan pengguna.
























Lampu hiasan tiang






DEKOR GANTUNG DAN CHANDELIER

Lampu ini menjadi pilihan untuk menghias siling yang kosong. Juga terdapat pelbagai reka bentuk di pasaran. Ada yang ringkas hinggalah yang sarat seperti CHANDELIER.







SUIS DAN SOKET

Ini sebahagian daripada suis dan soket yang berada di pasaran. Bermacam-macam jenama dan bentuk.

Suis bentuk 4 segi yang mula diminati pengguna. Hanya 3 gang maksimum. Ini antara susunan suis yang terdapat di ruang tamu.
Suis yang diguna pakai secara meluas sekarang . Suis berbentuk bulat dan mempunyai 5 gang maksimum.
Suis pemalap yang berada di tengah itu boleh digunakan untuk mentol berFILAMEN SAHAJA.

 Antara suis dan soket eksklusif yang memberi citarasa mewah.
 Suis lampu dan soket.
 Suis lampu dan suis pemanas air.
 Suis lampu, suis penghawa dingin dan soket.

Suis lampu dan penghawa dingin sahaja.
Suis mewah di ruang tamu.

GAMBAR SUIS DAN SOKET INI DIAMBIL SEMASA PROSES PEMASANGAN. MASIH TERDAPAT LUBANG DI CELAH-CELAH SUIS,. HARAP MAAF.





KOTAK FIUS

Perkara paling penting dalam sistem pendawaian. Tanpa kotak fius, sistem pendawaian tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

 Kotak fius 3 fasa. Kotak pvc dengan bebanan 6 way setiap fasa.
Kotak fius 1 fasa dengan beban berat ( 18 way keseluruhan ). Kotak pvc.
 

Kotak fius 3 fasa. Kotak metal ( besi ) dengan bebanan 11 way setiap fasa.


Papan meter 1 fasa (240v )


Papan meter 3 fasa (415v )

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN..

                    email: eastlifecircuit@gmail.com
                    

                                             

5 ulasan:

Raja izaham bin raja ali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MI berkata...

jika untuk 3 phase beza pada kotak fius ke papan meter?

Unknown berkata...

SHARE PHONE NUMBER BANG

Raja izaham bin raja ali berkata...

3 phase beza pada kotak fokus dan meter

Raja izaham bin raja ali berkata...

Email saya, eastlifecircuit@gmail.com