Rabu, 30 Januari 2019

JIMAT SECARA BIJAK ATAU JIMAT SECARA ...???

Berjimat dalam setiap urusan adalah amalan yang terpuji. Begitu juga dalam sistem elektrik. TAPI.. Bagaimana yang dikatakan berjimat tu ?

Jom kita lihat permasalahan ini secara terperinci. Andaikan sebuah bilik tidur dengan kapasiti 4 biji lampu. Cuba anda pilih suis yang mana yang anda ingin guna dalam bilik tersebut ?
Yang mana yang anda rasa ia satu penjimatan..?

KES 1

1 suis = 4 biji lampu

KES 2

1 suis = 2 biji lampu

KES 3

1 suis = 1 biji lampu

Mari kita lihat ulasan satu persatu. 

KES 1

1 suis = 4 biji lampu. Ada penjimatan tak ? Dah tentu ada. Apa yang jimatnya ? Yang jimat hanyalah suis sahaja. HANYA ADA 1 SUIS SAJE TU.. Lampu ( penggunaan elektrik) langsung tidak jimat .

 KENYATAANNYA

 Sebabnya, 1 suis itu mengawal 4 biji lampu serentak.

Apabila suis di ON kan, 4 biji lampu akan menyala . Setiap kali suis di ON kan, bilik akan jadi TERANG BENDERANG.

Anda tidak boleh mengurangkan penggunaan lampu yang banyak itu walaupun pada ketika itu anda hanya inginkan suasana yang suram dan santai.

 jika sekiranya SUIS ROSAK, anda akan kegelapan kerana suis tak berfungsi SEBABNYA anda hanya ada 1 suis itu sahaja untuk MENYALAKAN 4 biji lampu tersebut.

  Selain itu, ia juga menyukarkan kerja penyelenggaraan. Untuk menukar lampu sekalipun, apabila anda OFF kan suis, seluruh bilik akan bergelap.

 Terpaksa cari sumber cahaya dari luar bilik UNTUK KERJA MENUKAR LAMPU DALAM BILIK TERSEBUT.

KESIMPULAN;

LANGSUNG TIDAK JIMAT


KES 2

1 suis = 2 biji lampu. Inilah  dikatakan berjimat. 1 suis hanya mengawal 2 biji lampu iaitu separuh daripada jumlah lampu di dalam bilik tidur itu . 


KENYATAANNYA


Anda sudah mengurangkan penggunaan lampu pada ketika anda tidak perlukan kecerahan.


Suis rosak ? Tak ada masalah, anda  ada 1 suis lagi yang masih berfungsi MENYALAKAN 2 BIJI LAMPU. 


KESIMPULAN ;


JIMAT



KES 3 

1 suis = 1 biji lampu . Ini yang paling jimat. Anda boleh menentukan pilihan lampu yang anda ingin nyalakan dalam satu-satu masa.


KENYATAANNYA


Anda banyak pilihan. 

*  Anda boleh nyalakan 1 biji lampu jika inginkan suasana SURAM ketika berehat ,
* 2 biji lampu pun boleh , kalau nak membaca ,
*  kalau nak lagi terang dan cerah , boleh nyalakan 3 biji lampu
*  dan kalau nak CERAH DAN TERANG,  anda boleh pasang 4 biji lampu serentak.

cuma.. bilik anda banyak suis. Tapi tak apa.. Suis hanya sekali pasang dan anda ada banyak pilihan, manakala lampu pula di ON dan OFF setiap hari.

.. dan anda perlu bijak setiap hari dalam penggunaan elektrik bagi mengelakkan PEMBAZIRAN DAN PENINGKATAN BIL ELEKTRIK.  

KESIMPULAN; 


BIJAK DAN BERJIMAT


JADI PANDAI-PANDAILAH BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL. 

Tapi ada pengguna yang mengadu, mereka berkata, rumah kami beli atau sewa ni dah macam ni.. nak buat macam mana ???? 

senang je.. cari kontraktor elektrik atau syarikat pendawaian atau orang perseorangan yang pakar elektrik, bagitahu mereka,  nak tambah suis supaya lebih jimat.  Tahulah orang elektrik tu nak buat kerja mereka.





Tiada ulasan: